SKUS ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Hamidah bt Saad atas jasa dan bakti yang beliau telah taburkan kepada sekolah terutama penubuhan kumpulan nasyid sekolah. Walaupun tempoh 3 tahun bersama beliau namun banyak kenangan manis yang telah dilalui. Doa kami moga beliau akan terus maju jaya di sekolah yang baru iaitu SK Aminuddin Baki. Salam Maju Jaya.

Pihak SKUS juga ingin mengalu-alukan kehadiran Ustaz Muhammad Amin b. Mohd Nor sebagai warga SKUS yang baru. Beliau telah bertukar dari SK Toh Tandewa Sakti, Tapah ke SK Ulu Slim mulai bulan Disember 2010. Diharapkan kehadiran beliau akan merancakkan lagi kemajuan sekolah terutama dalam bidang Pendidikan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan