
Hari ini berlangsung Majlis Bacaan Yassin & Majlis Restu untuk murid-murid Tahun 6 sempena UPSR yang akan bermula esok. Majlis yang diilhamkan oleh Ustaz Muhd Fahmir dan pertama kali diadakan di SKUS ini telah dihadiri oleh para ibu bapa dan guru-guru untuk memberi semangat kepada murid-murid kita.
Esok, akan bermula lah perjuangan mereka menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau UPSR. Ini langkah pertama untuk menentukan ke mana hala tuju mereka ke sekolah menengah. Sama-samalah kita doakan kejayaan mereka ya.
Untuk adik-adik Tahun 6 yang dikasihi, SEMOGA BERJAYA & BUAT YANG TERBAIK untuk peperiksaan ini. Insya Allah kejayaan pasti milik kamu.
Salam Mujahadah~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan