9 MAC 2010 (SELASA)
2.30 p.m. - 4.30 p.m.
Salam semua...
Pihak SKUS melalui JK Kurikulum berjaya menganjurkan Ceramah Motivasi untuk murid Tahun 5 Teratai dan murid Tahun 6 Anggerik. Ini merupakan aktiviti pertama bagi program peningkatan UPSR yang dirancang pada tahun ini. Alhamdulillah kehadiran hampir 100%.Penceramah yang dijemput ialah Cikgu Roslan Lee dari SK Besout 3.
Pihak SKUS merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas kesudian memenuhi jemputan sebagai penceramah. Walaupun telah tertunda untuk kesekian kalinya namun atas dasar kepentingan murid melebihi kepentingan diri, beliau hadir juga ke SKUS.Moga Allah memberi balasan setimpal dengan pengorbanan beliau.PK1 En Azhar juga seharusnya diberi pujian atas inisiatif beliau membawa penceramah ke SKUS,atas kesungguhan beliau program ini berlangsung dengan baik.Tidak dilupakan buat Guru Kelas Tahun 6 Anggerik Pn. Rogayah yang turut serta menjayakan program ini. Buat pengusaha kantin yang menyediakan menu pada petang tersebut iaitu bihun goreng dan teh o panas, terima kasih daun keladi.Buat Cikgu Saiful yang menyediakan sistem siaraya yang mantap bagi membolehkan audiovisual berkesan dan terkesan.Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak.Semangat "1SKUS 1Malaysia" harus diteruskan bagi meneruskan kejayaan gemilang pada masa akan datang. Sekian
p/s : Gambar-gambar akan menyusul kemudian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan