Akiviti @ SK Ulu Slim




FEB 2016

06/02 -14/02/2016 @ CUTI TAHUN BARU CINA

18/05/2015 @ SAMBUTAN HARI GURU 2015 SKUS

19-22/05/2015 @ PEP.PERTENG.TAHUN 2015


MAC 2016

12/03-20/03/2015 @ CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

06/06/2015 @ HARI KEPUTERAAN YDP AGONG

Mesyuarat Guru Bil.2/2010 & LDP Bil.1/2010

24 FEBRURI 2010 (JUMAAT)
1.10pm - 4.10pm

Salam semua..
SKUS telah berjaya mengadakan Mesyuarat Guru kali ke-2 dan LDP kali pertama untuk tahun ini. Antara fasilitatornya ialah :
1. Puan Nasriah bt Othman (NKRA)
2. Puan Norlaila bt Zinal Abidin(LINUS)
3. Encik Azhar b Abd Aziz (PLBS & WAJA)
4. Encik Rosman b. Ishak (Temasya Olahraga Tahunan)
5. Encik Saiful Fazli (PTK 2010 & Headcount)



Suasana Program



Guru Besar menyampaikan NKRA Pendidikan


PK1 menyampaikan topik PLBS dan WAJA


PK HEM menjelaskan mengenai LINUS


Penyampaian oleh Encik Saiful Fazli


Guru-guru lelaki khusyuk mendengar


Kelompok yang fokus mencatat dan mendengar


Cikgu Roziee dan Ustazah Fadilah tekun mencatat


Pencatat hari ini ialah Ustazah Ranijah dan Cik Khairani

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan guru-guru disajikan dengan cucurkodok dan air teh, terima kasih kepada pihak kantin (Kak Timah).

Antara maklumat boleh dirangkumkan :

1. Wang PCG 2009 sudah sifar kerana diambil sebagai LPBT 2010( wang utiliti) jadi kena tunggu PCG yang baru. Yang diterima PCG makan prasekolah dan RMT.

2. NKRA Pendidikan adalah :
i. Prasekolah
ii. LINUS (Literasi dan Numerasi)
iii.SBT(Skolah Berprestasi Tinggi)
iv.Mengiktiraf pengetua dan guru besar yang menunjukkan prestasi cemerlang.

3. PLBS perlu dilaksanakan 2 atau 3 kali setahun menggunakan sekurang-kurang 2 modul.

4. WAJA 2010 akan diteruskan sebagaimana WAJA 2009.

5. LINUS adalah menggantikan KIA2M iaitu penambahan celik nombor yang akan dilaksanakan dari 2010 hingga 2012. Murid yang terlibat ialah murid tahun 1. Ujian khas akan dijalankan dan hasil ujian ini akan menentukan sama ada murid tersebut :
i. Dihantar ke kelas pemulihan.
ii. Terus dalam program LINUS.
iii.Kembali ke Kelas Perdana (kelas biasa).

6. Sukan Tahunan telah ditukar nama kepada Temasya Olahraga Tahunan Sekolah(TSTS).SKUS akan mengadakan TSTS pada 15 April 2010 dan perlu dilaksanakan meriah namun berhemah.

6.SISPOL adalah Sistem Pengurusan Online yang digunapakai oleh PPD Batang Padang. Sistem Analisis Peperiksaan (SAP) adalah secara online melalui laman web http://www.sispol.edu.my/exam/access-denied.php, maka guru-guru boleh mengisi markah di mana saja anda berada tanpa perlu berada di sekolah. Pihak pentadbir juga boleh memantau dengan mudah dan berkesan. Harapan SU Peperiksaan Dalaman semua guru dapat masukkan markah Ujian Bulanan bil1/2010 seberapa segera.

7. PTK 2010 akan dilaksanakan 2 kali iaitu JUN dan OKTOBER. Guru dan staff yang ingin menduduki PTK diharap membuat persediaan yang rapi kerana peluang diberi adalah terhad seperti dalam Buku Pelaksanaan PTK 2010.Fikir dengan sebaiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin tahu juga

Related Posts with Thumbnails