Akiviti @ SK Ulu Slim




FEB 2016

06/02 -14/02/2016 @ CUTI TAHUN BARU CINA

18/05/2015 @ SAMBUTAN HARI GURU 2015 SKUS

19-22/05/2015 @ PEP.PERTENG.TAHUN 2015


MAC 2016

12/03-20/03/2015 @ CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

06/06/2015 @ HARI KEPUTERAAN YDP AGONG

Memaparkan catatan dengan label upsr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label upsr. Papar semua catatan

Program Interaksi IbuBapa & Murid Tahun 6




Alhamdulillah.....
Pada 19.01.2011 yang lalu,pihak SKUS telah mengadakan satu program motivasi yang melibatkan murid tahun 6 bersama ibubapa di makmal komputer SKUS. Ini bertujuan sebagai pemanas badan bagi mereka untuk meningkatkan usaha ke arah kecemerlangan dalam UPSR kelak. Harapan SKUS semoga semua pihak beroleh kebaikan daripadanya. Gambaran majlis seperti di bawah





Ceramah Motivasi Tahun 5 & 6

9 MAC 2010 (SELASA)
2.30 p.m. - 4.30 p.m.

Salam semua...
Pihak SKUS melalui JK Kurikulum berjaya menganjurkan Ceramah Motivasi untuk murid Tahun 5 Teratai dan murid Tahun 6 Anggerik. Ini merupakan aktiviti pertama bagi program peningkatan UPSR yang dirancang pada tahun ini. Alhamdulillah kehadiran hampir 100%.Penceramah yang dijemput ialah Cikgu Roslan Lee dari SK Besout 3.

Pihak SKUS merakamkan jutaan terima kasih kepada beliau di atas kesudian memenuhi jemputan sebagai penceramah. Walaupun telah tertunda untuk kesekian kalinya namun atas dasar kepentingan murid melebihi kepentingan diri, beliau hadir juga ke SKUS.Moga Allah memberi balasan setimpal dengan pengorbanan beliau.PK1 En Azhar juga seharusnya diberi pujian atas inisiatif beliau membawa penceramah ke SKUS,atas kesungguhan beliau program ini berlangsung dengan baik.Tidak dilupakan buat Guru Kelas Tahun 6 Anggerik Pn. Rogayah yang turut serta menjayakan program ini. Buat pengusaha kantin yang menyediakan menu pada petang tersebut iaitu bihun goreng dan teh o panas, terima kasih daun keladi.Buat Cikgu Saiful yang menyediakan sistem siaraya yang mantap bagi membolehkan audiovisual berkesan dan terkesan.Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak.Semangat "1SKUS 1Malaysia" harus diteruskan bagi meneruskan kejayaan gemilang pada masa akan datang. Sekian
p/s : Gambar-gambar akan menyusul kemudian

RESULT UPSR 2009.....TAHNIAH BUAT SEMUA


Pyzam Glitter Text Maker

Alhamdulillah.....SK Ulu Slim dapat mengekalkan rekod sekurang-kurangnya seorang mendapat 5A. Hampir 4 tahun kita istiqamah harapan moga tahun depan begitu hendaknya malah lebih baik lagi.

Keputusan seperti berikut :

5A
Nor Atikah bt Sofian

4A1B
Syazril Hafiz b Mohd Sufian
Mohd Syahrul b Mohd Rasip
Nurul Najiha bt Zakaria

3A2B
Aimi Athirah bt Abdul Rahman
Nur Hanis Shahira

Tahniah diucapkan kepada :

Guru Besar atas inisiatif dan daya usaha beliau untuk mengadakan pelbagai program peningkatan

Guru-guru Tahun 6 atas penat jerih anda selama ini mendidik murid Tahun 6 Anggerik

Semua guru-guru atas sokongan dan dokongan tidak berbelah bahagi

PIBG yang sentiasa komited untuk membantu pihak sekolah dalam apa jua aktiviti

Saudara Farid Suwardi khasnya yang sudi menghulur sumbang bakti terhadap pihak sekolah yang tidak dapat kami balas...thank you again

Semua staf SK Ulu Slim yang turut menyumbang ke arah kejayaan ini.

Semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung moga Allah membalas semua jasa kalian.

Harapan pihak sekolah murid-murid Tahun 6 akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan senantiasa di bawah lindungan Yang Maha Esa...Selamat Maju Jaya

Sekian.....







Ingin tahu juga

Related Posts with Thumbnails