Akiviti @ SK Ulu Slim




FEB 2016

06/02 -14/02/2016 @ CUTI TAHUN BARU CINA

18/05/2015 @ SAMBUTAN HARI GURU 2015 SKUS

19-22/05/2015 @ PEP.PERTENG.TAHUN 2015


MAC 2016

12/03-20/03/2015 @ CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

06/06/2015 @ HARI KEPUTERAAN YDP AGONG

Memaparkan catatan dengan label guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label guru. Papar semua catatan

Pertukaran Guru 2011


Pihak SKUS mengucapkan Selamat Maju Jaya dan tahniah kepada Cikgu Fasehah kerana berjaya bertukar ke SK Sg Star setelah 3 tahun tinggal berjauhan dengan suami. Sukses selalu ok

Kehadiran Guru Baru & Mentor Bahasa Inggeris Update!!


SKUS menerima seorang guru baru iaitu PUTERI NURAAINAA BT ABD SAMAD. Beliau adalah batch pertama bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di IPG KAMPUS RAJA MELEWAR. Opsyen pertama beliau adalah Matematik dan opsyen kedua adalah Pendidikan Jasmani.Semoga dengan adanya beliau disini mampu meningkatkan pencapaian sekolah ke peringkat yang lebih baik. Gambar beliau akan dikemaskini nanti.

SKUS juga menerima seorang Mentor BI iaitu Mr. Matthew Atlas. Beliau merupakan mentor BI bagi kelompok 5 Daerah Batang Padang.Beliau diamanahkan untuk meningkatkan penguasaan dan aplikasi BI di kalangan guru dan juga murid.Ini merupakan salah satu daripada program MBMMBI yang sedang dilaksanakan bermula tahun ini menerusi silibus baru KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah).Gambar beliau juga akan diupdate nanti. Harap maklum.

KESALAHAN DALAM BUKU TEKS KSSR ENGLISH YEAR 1 (Sekolah Kebangsaan)

Harap dapat war-warkan pada rakan guru yang lain terima kasih.

Sumber : KPM

Pertukaran Guru 2011


SKUS ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Hamidah bt Saad atas jasa dan bakti yang beliau telah taburkan kepada sekolah terutama penubuhan kumpulan nasyid sekolah. Walaupun tempoh 3 tahun bersama beliau namun banyak kenangan manis yang telah dilalui. Doa kami moga beliau akan terus maju jaya di sekolah yang baru iaitu SK Aminuddin Baki. Salam Maju Jaya.


Pihak SKUS juga ingin mengalu-alukan kehadiran Ustaz Muhammad Amin b. Mohd Nor sebagai warga SKUS yang baru. Beliau telah bertukar dari SK Toh Tandewa Sakti, Tapah ke SK Ulu Slim mulai bulan Disember 2010. Diharapkan kehadiran beliau akan merancakkan lagi kemajuan sekolah terutama dalam bidang Pendidikan Islam.



Staff Guru



Ingin tahu juga

Related Posts with Thumbnails