Akiviti @ SK Ulu Slim




FEB 2016

06/02 -14/02/2016 @ CUTI TAHUN BARU CINA

18/05/2015 @ SAMBUTAN HARI GURU 2015 SKUS

19-22/05/2015 @ PEP.PERTENG.TAHUN 2015


MAC 2016

12/03-20/03/2015 @ CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

06/06/2015 @ HARI KEPUTERAAN YDP AGONG

Sejarah SK Ulu Slim

Sejarah Sekolah

Pada asalnya, bangunan Sekolah Kebangsaan Ulu Slim telah ditubuhkan pada tahun 1952 oleh sebuah syarikat perlombongan ‘The Klang River Tin’ sebagai sebuah bangunan sementara yang mana telah diserahkan kepada Jabatan Pelajar Perak untuk ditadbirkan. Semasa awal penubuhannya, hanya terdapat satu bangunan sahaja. Bangunan ini mempunyai lima buah bilik darjah untuk tahun 1 hingga 5. Keadaan asal bangunan ini adalah dalam keadaan serba kekurangan dengan beratapkan zink dan tidak berdinding tetap; ianya hanya disekat oleh sebuah penghadang. Murid boleh mendengar dan melihat ke darjah yang lain semasa pengajaran guru sedang dijalankan. Bekalan air paip juga hanya dipasang setelah beberapa tahun sesi sekolah ini telah dilangsungkan. Pada masa itu, murid-murid dan guru-guru terpaksa bergantung kepada sebuah telaga air yang terletak di bahagian belakang sekolah bagi mendapatkan bekalan air. Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Ulu Slim ini ialah En. Hashim bin Awang (1954-1959).

Namun kini, Sekolah Kebangsaan Ulu Slim mempunyai 2 bangunan sekolah, satu bangunan prasekolah, satu kantin dan satu bangunan makmal komputer. Sekolah ini terletak di bawah kategori sekolah gred B (luar bandar). Pada tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Ulu Slim telah diketuai oleh Pn. Nasriah bt. Othman bersama 3 orang Penolong Kanan iaitu En. Azhar bin Abdul Aziz (PK Pentadbiran), Pn. Norlaila bt. Zainal Abidin (PK HEM) dan En. Rosman bin Ishak (PK Kokurikulum). Bilangan guru terkini ialah seramai 18 orang dan staf sokongan pula ialah seramai 4 orang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin tahu juga

Related Posts with Thumbnails