Akiviti @ SK Ulu Slim




FEB 2016

06/02 -14/02/2016 @ CUTI TAHUN BARU CINA

18/05/2015 @ SAMBUTAN HARI GURU 2015 SKUS

19-22/05/2015 @ PEP.PERTENG.TAHUN 2015


MAC 2016

12/03-20/03/2015 @ CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

06/06/2015 @ HARI KEPUTERAAN YDP AGONG

Bengkel ICT 2010 di SK Behrang


Assalamualaikum..Update sikit pasal Bengkel ICT 2010 di Makmal Komputer SK Behrang pada 24 Julai 2010..Maaf sebab lambat diupdate sebab baru dapat koleksi gambar-gambarnya..

Program ni adalah program bersiri Fasilitator Schoolnet yang berada di Slim River dan Behrang di sekolah-sekolah terpilih. Buat masa ini, program ini dah dijalankan di SK Sg Behrang dan yang terbaru di SK Benhrang. Insya Allah, jika berkesempatan akan diadakan di SK Ulu Slim pula..

Program Bengkel ICT 2010 ni melibatkan 50 orang murid dari 3 buah sekolah iaitu SK Behrang, SK Ulu Slim dan SK Balun. Murid-murid SK Ulu Slim yang dipilih untuk mengikuti program tersebut ialah Noor Halida binti Rosli, Siti Nuranisah binti Bakri, Nur Syazlin Syafieqa binti Rully, Aidil Fikri Narwastu bin Nurikhsan dan Megat Syafiq Azri bin Megat Kamal. Kesemua mereka adalah dari Tahun 5.

Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Antara intipati program ialah Pengenalan & Fungsi-fungsi Komponen Komputer dan Movie Maker. Setiap silibus yang selesai diadakan kuiz dan pertandingan antara kumpulan dari sekolah-sekolah yang terlibat. Semua murid yang terlibat nampak bersemangat mengikuti program yang diadakan, tambahan pula bila tiba pertandingan menghasilkan Movie Maker Upin & Ipin.. Kecoh dibuatnya..Untuk pengetahuan semua, sekolah kita telah mendapat tempat ketiga dari sepuluh kumpulan yang bertanding..Tahniah buat para pemenang pertandingan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin tahu juga

Related Posts with Thumbnails