Akiviti @ SK Ulu Slim




FEB 2016

06/02 -14/02/2016 @ CUTI TAHUN BARU CINA

18/05/2015 @ SAMBUTAN HARI GURU 2015 SKUS

19-22/05/2015 @ PEP.PERTENG.TAHUN 2015


MAC 2016

12/03-20/03/2015 @ CUTI PERTENGAHAN PENGGAL

06/06/2015 @ HARI KEPUTERAAN YDP AGONG

Panduan Tugas Jawatankuasa Kurikulum

1. Memastikan objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai.

2. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran.

3. Mencadangkan, membina dan mengurus bahan bantuan mengajar.

4. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran.

5. Merancang strategi pengajaran/pembelajaran.

6. Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja.

7. Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan Jadual Waktu.

8. Mengadakan mesyuarat.

9. Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi meninggikan lagi prestasi
pelajar.

10. Merancang dan melaksanakan kelas pemulihan dan bimbingan.

11. Mengesan dan memastikan supaya Sukatan dan Perancangan Pelajaran
dilaksanakan dengan sempurna.

12. Merancang kursus dan pendedahan kepada kakitangan akademik mengenai
perkara baru dalam pendidikan.

13. Menyebar bahan-bahan bacaan dan maklumat mengenai pendidikan kepada guru.

14. Mengkaji analisis keputusan UPSR dan peperiksaan dalaman dan merangka
program jangka pendek dan panjang mengatasi kelemahan.

15. Mengkaji dan menilai buku-buku teks dan buku tambahan yang digunakan oleh
pelajar-pelajar untuk menentukan kesesuaian dan membuat pembetulan jika
terdapat kesalahan.

16. Berusaha untuk membanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah.

17. Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran.

18. Menggalakkan guru-guru menggunakan komputer serta Internet dalam pengajaran
dan pembelajaran.

19. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan pengetua dari semasa ke semasa.


Fungsi Panitia

1. Menjadi pengerusi panitia mata pelajaran.

2. Memastikan Sukatan Pelajaran yang diterima adalah betul dan mengedarkannya kepada semua anggota panitia.

3. Mengetuai Panitia Mata Pelajaran bagi merangka Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian

4. Bermesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat panitia untuk diedarkan kepada ahli dan salinan kepada pengurusan sekolah.

5. Mengagih pembahagian tugas di antara anggota panitia mengenai penyediaan soalan-soalan, ujian, peperiksaan bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun.

6. Merangka Takwim Panitia setahun – mesyuarat panitia sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

7. Menentukan target mata pelajaran berasaskan peperiksaan akhir tahun.

8. Berusaha menambah ABM dan memastikan penggunaan yang maksimum dan berkesan.

9. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran, rancangan, sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain.

10. Menentukan anggaran perbelanjaan bagi program kurikulum dan panitia mata pelajaran.

11. Menyediakan maklumat serta laporan guru-guru dalam panitianya.

12. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru tentang pengajaran,rancangan/sukatan pelajaran, ujian dan lain-lain.

13. Membantu dalam pengurusan,penyediaan peralatan Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber, Makmal dan bengkel.

14. Merangka dan melaksanakan Program Kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah seperti Projek UPSR dan sebagainya.

15. Memberi input yang imaginatif dan inovatif, contoh membina instrumen penilai yang berkesan.

Ingin tahu juga

Related Posts with Thumbnails